Israel bakal namakan penempatan Bukit Golan sempena Trump

Israel bakal namakan penempatan Bukit Golan sempena Trump

Ia sebagai penghargaan atas pengiktirafan AS terhadap kedaulatan Israel di Bukit Golan.

Donald Trump dan Benjamin Netanyahu ketika mengumumkan pengiktirafan kedaulatan Israel di Bukit Golan, baru-baru ini. (Gambar Reuters)
BAITULMAQDIS:
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam berkata beliau merancang untuk menamakan penempatan baru di Golan yang diduduki Israel sempena Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai penghargaan atas pengiktirafan kedaulatan Israel di situ.

“Semua rakyat Israel terharu apabila Trump membuat keputusan bersejarah untuk mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan,” katanya.

Trump sekali lagi melanggar konsensus antarabangsa pada 25 Mac lalu apabila dia mengiktiraf tuntutan Israel ke atas dataran tinggi strategik yang ditawan daripada Syria dalam Perang Enam Hari 1967.

Keputusan itu dibuat 2 minggu sebelum pilihan raya Israel yang sengit, yang menyaksikan Netanyahu mempertahankan jawatannya untuk penggal ke-5.

Trump mengalih dasar AS untuk kelebihan Israel sejak menjadi presiden, terutama mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Israel menawan 1,200km persegi daripada kawasan Golan yang ditawan pada 1981, langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Kira-kira 18,000 rakyat Syria dari golongan ajaran Druze, yang mana sebahagian besarnya enggan menerima kewarganegaraan Israel, menetap di Golan.

Kira-kira 20,000 rakyat Israel berpindah ke sana di lebih 33 penempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.