Trump tarik diri perjanjian perdagangan senjata

Trump tarik diri perjanjian perdagangan senjata

Donald Trump menyatakan perjanjian itu tidak memberikan sebarang kepentingan kepada AS.

Donald Trump berkata perjanjian perdagangan senjata tidak memberikan sebarang kepentingan kepada AS. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memaklumkan kepada Senat pada Isnin mengenai keputusannya menarik diri daripada Perjanjian Perdagangan Senjata (ATT), lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi sepucuk surat, Trump menyatakan perjanjian itu tidak memberikan sebarang kepentingan kepada AS.

Perjanjian itu ditandatangani bekas presiden Barack Obama pada 2013 dan dikemukakan kepada Senat pada 2016, namun Senat tidak pernah meratifikasinya.

Rumah Putih dalam satu kenyataan berasingan pada Jumaat lalu, mengatakan perjanjian itu sebagai satu “kesilapan” serta menghalang keupayaan AS untuk menjual senjata kepada sekutu dan rakan-rakannya.

ATT yang diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2013, bertujuan mengawal serta memantau perdagangan senjata termasuk pesawat tentera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.