India naikkan duti import minyak sawit

India naikkan duti import minyak sawit

Mengikut struktur duti baru, harga import asas MSM adalah AS$545 setan metrik, minyak sawit RBD pada AS$577 manakala olein sawit RBD pada AS$582.

NEW DELHI:
Kerajaan India menaikkan duti import minyak sawit mentah (MSM) sebanyak AS$5 setan metrik dan ke atas olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) sebanyak AS$9 setan metrik.

Tarif yang disemak semula ke atas MSM dan komoditi lain itu telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada hari Rabu.

Mengikut struktur duti baru, harga import asas MSM adalah AS$545 setan metrik, minyak sawit RBD pada AS$577 manakala olein sawit RBD pada AS$582.

India pengimport minyak sayuran terbesar di dunia dengan keperluan bulanannya berjumlah 1.9 juta tan metrik.

Malaysia dan Indonesia pembekal minyak sawit utama bagi negara tersebut.

Menurut data industri, import minyak sawit India pada Mac berjumlah 802,443 tan metrik, iaitu 6.7% lebih tinggi daripada Februari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.