India secara rasmi tuduh Zakir Naik ubah wang haram

India secara rasmi tuduh Zakir Naik ubah wang haram

Naik didakwa tanpa kehadirannya di sebuah mahkamah di Mumbai.

Zakir Naik, penceramah kontroversi dari India. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
India semalam secara rasmi mengenakan tuduhan pengubahan wang terhadap Zakir Naik, menuduh penceramah kontroversi itu memperoleh aset jenayah bernilai Rs1.9 bilion (RM114.5 juta).

Naik, yang kini berada di Malaysia, didakwa tanpa kehadirannya di sebuah mahkamah di Mumbai.

Direktorat Penguatkuasaan India (ED) berkata daripada jumlah itu, ia sudah mengenalpasti harta bernilai Rs50.4 juta (RM3 juta).

Agensi itu juga memberitahu mahkamah bahawa Naik pernah membuat “ucapan-ucapan dan kuliah-kuliah yang mengapi-apikan” yang menghasut sejumlah belia beragama Islam di India melakukan tindakan pengganas.

Naik menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terhadapnya.

Penceramah televisyen itu, yang mana saluran ceramah Peace TV diharamkan di India dan Bangladesh, dekat dengan pimpinan kerajaan Malaysia dan terlibat dalam beberapa kuliah disebalik bantahan daripada kumpulan bukan Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.