
AS, yang tahun lepas menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran dengan kuasa-kuasa dunia pada 2015, memberitahu pembeli minyak Iran supaya menghentikan pembelian menjelang 1 Mei atau berdepan sekatan.
Iran berkata ia akan terus mengeksport minyak bagi mencabar sekatan AS itu. Sekatan itu sebahagian daripada kempen Washington menghentikan program peluru berpandu balistik Iran dan membendung kuasa serantaunya.
“Kami mengerakkan semua sumber negara dan menjual minyak dalam ‘pasaran samar’,” kata Zamaninia menurut laporan IRNA.
Zamaninia tidak memperincikan “pasaran gelap” itu, tetapi Iran semasa sekatan pada awal dekad ini dilapor menjual minyak pada harga diskaun dan selalunya menerusi syarikat-syarikat swasta.
“Kami pastinya tidak akan menjual 2.5 juta tong sehari seperti bawah perjanjian nuklear,” kata Zamaninia, tanpa memberikan angka jualan semasa.
“Kita perlu membuat keputusan yang serius mengenai pengurusan kewangan dan ekonomi kita, dan kerajaan sedang mengusahakannya.
“Ini bukan penyeludupan. Ini melawan sekatan yang kita anggap tidak adil dan tidak sah,” kata Zamaninia.