Tips hilangkan mengantuk pada bulan Ramadan!

Salah satu perkara yang sering dialami oleh ramai orang ketika berpuasa adalah rasa mengantuk pada siang hari.

Tenaga yang terkumpul selepas sahur mulai habis dan tubuh mulai penat dengan aktiviti yang dilakukan.

Selain itu, mengantuk juga seringkali disebabkan oleh aliran oksigen yang tidak lancar pada otak.

1. Berjalan setempat

Ketika puasa, jalan-jalan secara ringan tidak akan membahayakan, dan tak akan membuat anda semakin letih.

Sebaliknya, jalan-jalan sebentar di sekitar tempat kerja akan membuat tubuh kembali segar.

Jadi, bangun dari kerusi anda dan berjalan-jalanlah sejenak.

Berjalan-jalan juga boleh meningkatkan peredaran darah ke otak dan membuat saluran pernafasan lebih longgar.

Ini akan menyingkirkan rasa mengantuk dan malas yang melekat pada tubuh anda.

2. Meditasi 5 minit

Tahukah anda yang bermeditasi boleh menyegarkan tubuh badan?

Ketika anda sedang berasa sangat mengantuk ketika bekerja dan berpuasa, berhenti memaksa diri anda untuk terus bekerja kerana ia akan menjadi tidak berkualiti.

Anda hanya perlu tutup mata, rileks dan lakukan pernafasan dengan baik.

3. Tidur siang

Tidur siang singkat yang dinamakan “power nap” akan membuat anda lebih segar dan tidak lagi mengantuk sepanjang waktu.

Tidur siang dilakukan hanya dalam beberapa minit.

4. Cuci muka

Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan mencuci muka.

Ketika anda berasa wajah mulai pucat kerana penat dan mengantuk, pergilah cuci muka.

Selain mencuci muka, anda juga boleh memperbaiki penampilan seperti menyisir rambut dan memakai alat solek.

5. Melihat perkara yang lucu

Gambar atau hal-hal yang lucu boleh menghilangkan rasa mengantuk.

Jika anda tidak memiliki komputer ketika bekerja, anda boleh bercakap-cakap dengan teman sekerja atau mengajak mereka berbual.

Rasa mengantuk pada siang hari biasanya boleh diatasi dengan minum kopi.

Namun jika sedang berpuasa, anda boleh mencuba alternatif tadi untuk menghalang diri anda daripada terus mengantuk tanpa menyebabkan puasa anda terbatal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]