
KHARTOUM: Seorang pegawai tentera, manakala 3 yang lain serta beberapa orang awam cedera diserang kumpulan tidak dikenali dalam demonstrasi yang diadakan di Khartoum, lapor agensi berita Xinhua.
“Ada pihak sengaja mengganggu demontrasi yang dianjurkan,” kata Majlis Peralihan Ketenteraan Sudan (TMC) dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kumpulan tidak dikenali itu melepaskan tembakan serta mencetuskan kekacauan selain menyerang orang awam dan anggota pasukan keselamatan, tambah kenyataan itu.
TMC berikrar akan bekerjasama dengan Perikatan Kebebasan dan Pembaharuan, selain menerima pakai syor yang dicadangkan bagi mencegah kejadian sama daripada berulang.
TMC ditugaskan untuk menjalankan urusan negara, dipengerusikan Abdel-Fattah Al Burhan, berikutan penyingkiran bekas Presiden Omar al-Bashir April lalu.