Kenapa dakwa bila kami mahu bayar pinjaman, kata pengerusi NFCorp

Kenapa dakwa bila kami mahu bayar pinjaman, kata pengerusi NFCorp

Salleh Ismail berkata dia akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan untuk memastikan isu itu diselesaikan secara balik.

Mohamad Salleh Ismail. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) mempersoalkan tuntutan yang difailkan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kembali pinjaman RM253 juta yang diberi kepada syarikat itu, selepas ia menawarkan pembayaran balik pinjaman itu 7 bulan lalu.

Bagaimanapun, Mohamad Salleh Ismail, suami bekas ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan untuk memastikan isu itu diselesaikan secara terbaik.

“Saya yakin, bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad, isu ini akan mencapai kata penyelesaian di mana NFCorp akan membayar balik baki tertunggak pinjaman kepada kerajaan, dan aspirasi projek yang penuh dengan potensi ini akan dipenuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar The Edge melaporkan Jabatan Peguam Negara minggu lepas memfailkan tuntutan untuk mendapatkan kembali pinjaman kepada NFCorp, yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan itu berkata RM253 juta dipinjamkan kepada NFCorp, di mana RM225 juta diberi kepada firma itu, dengan faedah tahunan 2% dan faedah tambahan kerana kegagalan membayar hutang.

NFCorp ditugaskan untuk membangunkan industri lembu tempatan.

Enam syarikat lain yang dinamakan dalam tuntutan itu adalah National Meat & Livestock Corp Sdn Bhd, Real Food Co Sdn Bhd, Meatworks Corp Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Asian Bioscience Corp Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd.

Laporan itu berkata tuntutan itu menamakan NFCorp, Salleh, 3 anaknya dan 6 syarikat itu sebagai responden.

Anak-anak itu adalah Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Tuntutan itu meminta mahkamah mengisytiharkan keluarga itu boleh membuat pembayaran balik itu.

Bulan lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan mendakwa NFCorp dan keluarga Shahrizat supaya mereka terpaksa membayar balik pinjaman itu.

Pada 2011, Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun sebelumnya mendedahkan skandal NFCorp dan dakwaan penglibatan keluarga Shahrizat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.