Dalam keseronokan beraya, ada adab yang perlu dijaga ketika mengunjungi rumah terbuka sanak saudara dan kenalan.
Ini kerana bukan kita saja tetamu, tetapi tuan rumah juga perlu diberi peluang bertandang ke rumah terbuka kenalan mereka.
Berikut tips ketika berkunjung ke rumah saudara pada Hari Raya ini:
1. Pilih masa sesuai
Jangan pergi terlalu awal atau lewat malam kerana tuan rumah mungkin sedang membuat persiapan dan mahu berehat.
2. Pakaian
Berpakaian sopan ketika mengunjungi rumah terbuka penting untuk menghormati orang lain dan pada masa sama, diri anda juga berasa lebih selesa.
3. Beri salam dan minta izin
Walaupun ramai yang mengadakan rumah terbuka sepanjang Aidilfitri, tetamu masih perlu menghormati tuan rumah dengan memberi salam dan meminta izin untuk masuk ke rumah mereka.
4. Menjaga tindak-tanduk
Ketika beraya bersama rakan, jaga dan kawal diri supaya tidak terlalu meninggikan suara ketika bercakap atau ketawa dengan kuat sehingga mengganggu orang lain.
5. Hadkan masa kunjungan
Tetapkan tempoh tertentu untuk mengunjungi sesebuah rumah untuk memberi ruang kepada tuan rumah bagi melayani tetamu lain. Cukuplah setengah jam atau sejam saja.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]