
Beliau berkata, penerimaan rakyat Sabah, khususnya golongan muda sangat memberangsangkan dan dijangka proses pendaftaran itu dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.
“Kita juga jangkakan anggota PPBM Sabah boleh menjangku sehingga 300,000 dalam tempoh 1 tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Japlin Akim di sini, hari ini.
Hajiji berkata sejak dilancarkan pada 6 April lepas, semua 25 bahagian PPBM Sabah sedang menyusun bahagian masing-masing, termasuk sayap Wanita dan Pemuda.
“Jadi apabila semua ini tersusun dalam masa terdekat, maka kita berharap majlis kepimpinan tertinggi PPBM pusat akan membuat keputusan supaya kesemua bahagian di Sabah dapat mengadakan mesyuarat perwakilan dan menghantar perwakilan dalam perhimpunan agung parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun ini,” tambahnya.
Mengulas mengenai kumpulan yang mendakwa sebagai ketua bahagian PPBM di Sabah, Hajiji berkata, pihaknya telah berjumpa dengan kumpulan berkenaan dan kumpulan itu memberi kerjasama baik.
“Saya telah berjumpa dengan mereka dan mereka memberikan kerjasama dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin yang diputuskan oleh pucuk pimpinan untuk menerajui bahagian PPBM di Sabah,” katanya.