Ada saja perkara baru melibatkan aksi dan kelakuan pelik yang menjadi ikutan di media sosial malah tular di seluruh dunia.

Seolah sudah menjadi seperti satu kemestian untuk mengikut trend semasa agar tidak dikatakan ketinggalan walaupun apa yang dibuat ada kalanya membahayakan diri.
Terbaru, cabaran vakum plastik sampah pula menjadi tular dalam kalangan netizen.
Caranya mudah, seseorang itu hanya perlu masuk ke dalam plastik sampah sebelum udara disedut menggunakan vakum sehingga plastik melekap ke badan.
Ramai beranggapan cabaran itu sebagai dangkal walaupun ia nampak menyeronokkan sehingga ia mendapat perhatian pakar perubatan yang menyifatkan aktiviti itu sebagai berbahaya.
Cabaran ini juga boleh membuatkan seseorang itu diserang panik.

“Sel-sel otak sangat sensitif kepada kekurangan oksigen… tidak perlu lama hanya dalam masa lima minit seseorang itu kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan kerosakan atau kematian,” kata jurucakap institut itu.
Sementara itu, cabaran tersebut juga dianggap bahaya kerana terdapat potensi seseorang itu berada dalam keadaan panik apabila menyedari dirinya tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman plastik sampah itu sehingga menyukarkan mereka bernafas.

“Ramai tidak sedar tentang bahaya serangan panik yang boleh membawa kepada situasi tidak terjangka”.
Sumber FOX NEWS
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]