Eksekutif SRC bertindak setiausaha syarikat catat minit mesyuarat, kata saksi

Eksekutif SRC bertindak setiausaha syarikat catat minit mesyuarat, kata saksi

Saksi ke-39 perbicaraan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Najib Razak berkata, Terence Geh yang ada kaitan dengan Jho Low berbuat demikian dalam 2 mesyuarat pada 2012.

Bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Najib Razak hari ini mendengar seorang eksekutif SRC International Sdn Bhd yang ada kaitan dengan Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, bertindak sebagai setiausaha syarikat dalam mencatatkan minit mesyuarat lembaga pengarah.

Bekas pengerusi SRC International, Ismee Ismail, berkata Terence Geh berbuat demikian dalam 2 mesyuarat pada 2012, dengan satu daripadanya ialah telesidang.

Ini bermakna beliau tidak hadir secara fizikal, tetapi mencatatkan nota prosiding yang dipengerusikan Ismee.

Ketika pemeriksaan balas peguam Harvinderjit Singh, Ismee yang meripakan saksi ke-39 dalam perbicaraan itu berkata, Geh bersama KC Tang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Nik Faisal Ariff Kamil dikenali Jho Low.

Ismee berkata, beliau tidak mempersoalkan kenapa Geh bertindak sebagai setiausaha syarikat, BNM Consultancy Service Sdn Bhd, yang dilantik SRC International.

Ditanya jika Geh ialah eksekutif SRC International, beliau berkata ya.

Ditanya jika beliau merasakan pelik untuk Geh mengambil minit mesyuarat apabila SRC International mempunyai setiausaha syarikat, katanya, beliau tidak terfikir ketika itu.

Harvinderjit yang memeriksa balas Ismee sejak Isnin lalu berhujah minit mesyuarat lembaga pengarah SRC International bukan gambaran sebenar keadaan kerana ia mungkin disuai pinda.

Peguam itu turut berhujah Nik Faisal memperdaya lembaga pengarah dengan tidak memberi arahan tepat pemegang saham utama SRC International, 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan.

Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang dan pecah aman dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau turut didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Perbicaraan diteruskan di depan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.