Hebat… Google Maps kini mampu kesan bencana alam

Hebat… Google Maps kini mampu kesan bencana alam

Sebelum ini ramalan banjir sudah boleh diakses di India malah Google Maps merancang untuk terus meningkatkan lebih banyak ciri yang berkaitan dengan bencana.

Google Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual dan amaran bencana alam yang bakal berlaku, umum syarikat gergasi teknologi itu baru-baru ini.

Digital Trends melaporkan, dengan ciri baharu itu pengguna boleh melihat secara terperinci visual bencana alam seperti ribut, banjir atau gempa bumi sekali gus menghindari mereka daripada berkunjung ke lokasi yang berpotensi ditimpa musibah.

Ciri baharu yang dinamakan amaran SOS itu turut menyediakan ringkasan insiden beserta berita-berita terkini, nombor kecemasan untuk dihubungi dan laman web pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Pengguna terutamanya yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang mungkin terjejas akan menerima notifikasi sehari sebelum berlakunya bencana.

Jangkaan masa kejadian juga akan dinyatakan secara spesifik.

Selain itu, ‘shakemap’ di mana magnitud dan pusat gempa bumi akan turut dipaparkan di dalam aplikasi berkenaan beserta kod warna yang akan digunakan untuk mengenal pasti gempa di kawasan tertentu.

Walaupun ramalan banjir sudah boleh diakses di India, Google Maps merancang untuk terus meningkatkan lebih banyak ciri yang berkaitan dengan bencana, termasuk memberi isyarat kepada pengguna untuk menggunakan laluan yang selamat.

Sumber Google

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.