Setiap makanan yang kita ambil nempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, namun perlu diambilkira pada makanan yang boleh mendatangkan angin dalam badan.

Ini kerana ia akan menyebabkan penyakit lain mungkin berlaku termasuklah gastrik, gatal-gatal dan sebagainya.
Mungkin anda tidak tahu antara makanan yang mendatangkan angin dalam badan adalah ikan.
Ia mempunyai beberapa jenis ikan yang boleh mendatangkan kesan seperti ekzema yang tidak henti-henti.
Malah angin pula ia mampu membuatkan seseorang itu kembung, loya, pening, muntah-muntah dan sebagainya.
Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif.
Rahim juga lambat pemulihannya yang dipanggil sebagai bentan jika makan ikan yang disenaraikan ini.
Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:
- Badan jadi sensitif, mudah radang bengkak secara teorinya.
- Histamin berlebihan juga menyebabkan pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
- Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak.
- Badan jadi gatal dan ruam timbul.
- Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. Loya dan cirit birit.
Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma, pantang dahulu makanan histamin buat sementara.
- Ikan kembung
- Ikan tongkol
- Ikan cencaru
- Ikan bawal (hitam/emas)
- Ikan pari
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]