Elak duit bocor, bawa duit secukupnya untuk beli barang

Elak duit bocor, bawa duit secukupnya untuk beli barang

Penyakit "tidak cukup wang" pada setiap bulan kebiasaannya dihidapi ramai masyarakat kerana mempunyai keinginan untuk memiliki setiap barangan yang disukai, namun ia perlu dikawal dengan cermat dan baik.

Setiap bulan rata-rata netizen akan mempunyai masalah yang sama dimana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung kehidupan sehingga hujung bulan.

Ini kerana ada komitmen yang mewajibkan ia perlu dibayar tanpa sebarang kelewatan dan akhirnya hanya mempunyai baki yang “cukup makan” sahaja sehingga hujung bulan.

Jadi dengan baki yang ada itu ia perlu diurus dengan baik supaya anda mampu “bernafas” sehingga hujung bulan dengan baik meskipun tidak selesa kerana mempunyai keinginan membeli beberapa barangan yang lain.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama dengan anda.

1. Senaraikan barang perlu dibeli

Tips ini sebenarnya dah ramai berikan, tetapi masih sukar untuk diamalkan.

Sebelum pergi keluar membeli-belah, senaraikan dahulu barang-barang yang hendak dibeli.

Lihat semula barang yang dah habis, yang dah capai minimum stok atau yang masih ada banyak stok.

Boleh tandakan barang yang paling utama dahulu untuk dibeli, supaya tidak ada yang tertinggal.

Apabila keluar membeli-belah nanti, pastikan beli barang-barang yang disenaraikan sahaja.

Jika ada ternampak atau terjumpa barang lain yang tidak ada dalam senarai, dan terasa ingin beli, tangguhkan dulu.

Sebaliknya, catat sahaja dipertimbangkan semula dalam senarai pembelian akan datang.

2. Bawa duit secukupnya sahaja

Tips kawal belanja daripada senarai barang yang ingin dibeli, cuba letakkan anggaran harga bagi setiap barang.

Kemudian, kira jumlah yang diperlukan.

Berdasarkan kepada jumlah yang dianggarkan, bawa duit secukupnya sahaja apabila keluar membeli-belah nanti.

Mungkin boleh bawa duit lebih sedikit, takut anggaran yang dibuat tidak sama dengan harga sebenar barang yang diingini.

Apabila membawa duit yang secukupnya sahaja, kita akan lebih cenderung untuk beringat dan berhati-hati ketika mengambil barang yang akan dibeli.

Jadi, tidaklah berlakunya perbelanjaan berlebihan.

3. Membeli belah ketika kenyang

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang membeli-belah secara berlebihan disebabkan gagal mengawal emosi.

Dan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi emosi adalah perut kerana apabila lapar, emosi menjadi tidak terkawal, nafsu membuak-buak, fikiran menjadi kurang rasional dan kita cenderung untuk membeli-belah secara berlebihan.

Hinggakan barang yang tidak diperlukan pun dirasakan perlu.

Dah beli satu jenis makanan, tetapi masih dirasakan tidak mencukupi dan perlu beli makanan yang lain.

Ini semua disebabkan emosi tidak terkawal yang dipengaruhi perut yang lapar.

Maka, untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan, satu cara yang mudah adalah membeli-belah ketika perut kenyang.

4. Fokus kepada barang hendak dibeli sahaja

Apabila sampai ke tempat untuk membeli-belah, terus tuju ke tempat barang-barang yang diingini tersebut.

Fokus untuk beli barang tersebut sahaja.

Kurangkan merayau-rayau atau “window shopping” ke tempat barang lain.

Takut nanti terganggu emosi apabila melihat tawaran barang-barang lain yang masih belum diperlukan.

5. Rancang pembelian sekaligus

Kalau keluar membeli-belah, rancangkan supaya pembelian barang yang diperlukan dilakukan sekali sahaja dan sekaligus.

Contohnya, rancang beli-belah sekali sebulan, sekali setiap dua minggu atau sekali seminggu.

Jadi, stok yang dibeli perlulah bertahan mengikut interval masa yang ditetapkan.

Kalau boleh, kurangkan kekerapan pergi keluar membeli-belah, kerana kebiasaannya semakin kerap membeli-belah, semakin banyak duit yang bocor.

Lagipun, semakin kerap keluar, semakin tinggi juga kos pengangkutan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.