Video pelajar dipukul dalam kelas di Terengganu tersebar

Video pelajar dipukul dalam kelas di Terengganu tersebar

Sumber yang dihubungi FMT berkata, sekolah menengah di Setiu itu sedang menjalankan siasatan selepas video itu tersebar di Twitter.

Tangkap layar video menunjukkan seorang pelajar lelaki memukul seorang pelajar yang sedang duduk di dalam kelas. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Satu klip video menunjukkan seorang pelajar lelaki memukul seorang lagi pelajar di depan rakannya tersebar di Twitter sejak pagi tadi.

Video selama 13 saat itu menunjukkan seorang pelajar lelaki memukul seorang lagi pelajar yang sedang duduk di dalam kelas di bahagian kepala dan badannya sambil disaksikan beberapa pelajar yang sekadar berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.

Di dalam video itu, turut kelihatan beberapa pelajar berbaju sukan tertera nama sebuah sekolah menengah di Setiu, Terengganu.

Sumber yang dihubungi FMT berkata, siasatan sedang dijalankan sekolah terbabit.

“Nanti kita hubungi balik,” kata sumber itu.

Video itu mula dikongsi pengguna Twitter @pedoqpop dan mendapat ratusan “retweet”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.