Keputusan analisis video seks menteri ‘on the way’, kata polis

Keputusan analisis video seks menteri ‘on the way’, kata polis

Polis berkata tiada kemaskini terbaru dalam siasatan tersebut dan siasatan masih dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor (tengah) ketika sidang media hari ini bersama Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Ayub Yaakob.
KUALA LUMPUR:
Polis hari ini memberitahu keputusan analisis video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan pemimpin PKR Haziq Aziz akan menyusul.

“Analisis video? ‘On the way’,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor dalam sidang media selepas hadir Mesyuarat Agong Perwakilan Tahunan Koperasi Polis kali ke-84 di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Pengerusi Koperasi Polis Ayub Yaakob.

Mazlan berkata, tiada apa yang terbaru mengenai skandal video tersebut meskipun cakap-cakap mengenai video itu berlaku setiap hari.

“Siasatan telah pun kita buat dan masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Semalam, FMT melaporkan beberapa video seks sejenis dalam siasatan polis ke atas penglibatan Azmin menerjah di laman pornografi dan YouTube.

Sekurang-kurangnya 3 video berkenaan dimuat naik di pornhub.com dengan tajuk “Azmin Ali”.

Salah satu video itu, yang berdurasi 9 minit, dipercayai cantuman 3 video yang tular di media sosial dan WhatsApp selepas cuti Hari Raya baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.