Taylor Swift raih pendapatan tertinggi dunia 2019

Penyanyi Taylor Swift disenaraikan sebagai selebriti yang memiliki pendapatan tertinggi pada tahun 2019.

Menurut laporan Forbes, penyanyi berusia 29 tahun ini meraih pendapatan AS$185 juta (RM761 juta), meningkat sebanyak 131 peratus berbanding tahun lalu iaitu hanya AS$80 juta (RM330 juta).

Bintang sensasi Kylie Jenner pula meraih pendapatan sekitar AS$170 juta (RM700 juta), naik satu tangga berbanding tahun lalu.

Malah, anggota keluarga Jenner yang lain turut berada dalam senarai 100 selebriti memiliki pendapatan tertinggi di dunia.

Kedudukan ketiga pula diraih penyanyi Kanye West AS$150 juta (RM616 juta), manakala isterinya Kim Kardashian berada di tangga ke-26 iaitu sebanyak AS$72 juta (RM296 juta).

Penyanyi bersuara emas, Ed Sheeran boleh berbangga di tangga keempat dengan pendapatan sebanyak AS$110 juta (RM452 juta).

Sementara itu, pasangan penyanyi Jay-Z dan Beyonce Knowles berada di posisi ke-20 dengan pendapatan kasar sebanyak AS$81 (RM333 juta).

Kumpulan BTS merupakan satu-satunya penyanyi dari Korea Selatan yang turut tersenarai dalam 100 selebriti dengan pendapatan tinggi iaitu sebanyak AS$57 juta (RM234 juta).

Boyband ini berada di tangga ke-43 sebaris bersama Bradley Cooper, Adam Sandler dan Pink.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]