Lelaki bakar masjid Syiah di Australia dipenjara 22 tahun

Lelaki bakar masjid Syiah di Australia dipenjara 22 tahun

Juri memutuskan jenayah itu berdasarkan versi pelampau Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diilhamkan kumpulan IS.

Sebuah masjid Syiah di selatan Victoria dibakar pengikut kumpulan IS pada Disember 2016. (Gambar Facebook)
SYDNEY:
Dua lelaki yang membakar sebuah masjid di Melbourne dalam serangan yang diilhamkan IS yang bertujuan menimbulkan rasa gentar kepada penganut Syiah dihukum penjara 22 tahun pada Rabu.

Manakala, lelaki ke-3 yang direkrut susulan kegagalan percubaan membakar masjid yang sama pada awalnya, dijatuhi hukuman 16 tahun untuk jenayah itu.

Lelaki terbabit – Ahmed Mohamed, 26, Abdullah Chaarani, 28 dan Hatim Moukhaiber, 31 – memasuki Imam Ali Islamic Center pada Disember 2016 pada tengah malam sebelum membuat tulisan “IS” dengan spray di salah satu dinding bangunan.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan berkaitan keganasan pada Mei selepas juri memutuskan jenayah itu berdasarkan versi pelampau Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diilhamkan kumpulan IS.

Hakim Andrew Tinney berkata mereka didorong “kebencian” dan “tidak bertoleransi”.

Mohamed dan Chaarani – yang masih dihukum atas peranan mereka merancang serangan keganasan sekitar Hari Krismas 2016 – akan dipenjara sekurang-kurangnya 17 tahun kerana membakar masjid.

Moukhaiber akan dipenjarakan sekurang-kurangnya 12 daripada 16 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.