Selain jam tangan, kasut juga menjadi pelengkap dalam penampilan lelaki.

Namun ia perlu digayakan dengan padanan baju yang sesuai dengan kasut anda.
Kenali 8 jenis kasut ini :
1. Oxford

Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar.
Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
2. Derby

Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa.
Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
3. Chukkas

Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
4. Monk Strap

Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan.
Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
5. Loafers

Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan.
Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori kasut kasual.
Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
6. Sneaker

Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman.
Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual.
Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
7. Moccasins

Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
8. Kasut sukan

Ia juga menjadi antara kasut yang terpenting untuk lelaki.
Ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada tercedera semasa melakukan aktiviti kesihatan dan kecergasan.
Ciri-cirinya adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus dan direka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.
Sumber MASKULIN
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]