
Ketua Polis Nilai, Mohd Nor Marzukee Besar berkata wanita berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan balai polis Mantin semalam ketika hadir memberi keterangan.
“Permohonan reman dilakukan di Mahkamah Seremban dan wanita itu dibenarkan direman selama 7 hari bermula semalam sehingga 5 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, 4 individu berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun yang ditahan pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan akan dibawa ke mahkamah esok.
Reman mereka akan tamat esok selepas direman sejak Jumaat lepas.
Dalam kejadian 10.45 malam Rabu lepas, polis menemui mayat suami isteri dengan kesan tikaman dan kelar, pada tubuh mangsa yang dikenali sebagai Tan Kim Joo, 73, dan Ng Chong Hwa, 67, yang dipercayai dibunuh sebelum rumah dibakar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hasil bedah siasat Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, mendapati punca kematian pasangan suami isteri itu disebabkan kecederaan parah akibat tikaman berganda.