Lindsay Lohan dan Putera mahkota Arab Saudi jalin hubungan?

Khabar angin tersebar hari ini mengatakan Putera Mohamed telah menjemput Lindsay Lohan terbang bersama menggunakan jet peribadi dan memberi hadiah termasuk kad kredit.

Rakan-rakan Lohan turut mendedahkan mereka ada melihat mesej perbualan di antaranya dengan Putera Mohammed, dan dilaporkan perbualan itu bersahaja seperti kawan baik.

Salah seorang saudara Lohan yang tidak mahu mendedahkan namanya berkata Lohan hanya pernah bertemu dengan Putera Mohamad sekali pada perlumbaan Grand Prix Formula 1 tahun lepas.

Malah dia turut menafikan Lohan ada menerima kad kredit daripada Putera Mohamed.

Lohan turut dilaporkan berhasrat untuk menerbitkan filem tahun lepas bertajuk “Frame” yang hanya dilakonkan semua wanita dalam memperkenalkan budaya Arab Saudi di dalam filemnya termasuklah pemilihan sukan untuk wanita Arab .

Sebelum ini Lohan pernah dikaitkan dengan usahawan Rusia, Egor Tarabasov kemudiannya berpisah pada 2016 selepas itu menjalinkan pula hubungan dengan usahawan hotel Vikram Chatwal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]