MAHB tidak tolak niat jahat punca gangguan sistem di KLIA

MAHB tidak tolak niat jahat punca gangguan sistem di KLIA

Saham MAHB di Bursa Malaysia turun 7 sen untuk ditutup kepada RM8.56 hari ini dengan 1.83 juta saham bertukar tangan.

MAHB berkata, walaupun mengalami gangguan rangkaian beberapa hari lepas, aspek keselamatan di KLIA tetap terjaga dengan utuh dengan kerjasama semua pihak termasuk Jabatan Imigresen dan polis.
KUALA LUMPUR:
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang menyebabkan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini, berpunca daripada tindakan niat jahat.

“Bagaimanapun kami akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata rangkaian “semakin stabil.”

Meskipun mengalami gangguan rangkaian beberapa hari lepas, aspek keselamatan tetap terjaga dengan utuh, kata MAHB.

Ini dapat dilaksanakan hasil kerjasama erat dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan polis, kata syarikat itu.

“Ketika kami menyediakan bantuan sedaya mungkin kepada syarikat penerbangan semasa tempoh itu, bantuan, kerjasama dan sikap timbang rasa yang sama turut diberikan kepada kami oleh syarikat penerbangan.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi melahirkan penghargaan kami kepada syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan agensi kami yang saling bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian alternatif terbaik,” kata syarikat itu.

Saham MAHB di Bursa Malaysia turun 7 sen untuk ditutup kepada RM8.56 hari ini dengan 1.83 juta saham bertukar tangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.