
Pengerusi Azhar Azizan Harun berkata pihaknya hanya akan terlibat dalam prosiding mahkamah jika penyandang, Anifah Aman membuat rayuan terhadap keputusan yang diisytiharkan oleh mahkamah pada 23 Ogos lalu.
“Buat masa ini, SPR perlu menunggu perakuan keputusan Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh untuk merayu tamat, iaitu pada 29 Ogos ini, bagi tindakan selanjutnya. SPR sentiasa bersedia untuk menjalankan pilihan raya kecil sekiranya ia perlu diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 16 Ogos lepas, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan Anifah di kerusi Parlimen Kimanis pada PRU14 tidak sah dan terbatal.
Hakim Lee Heng Cheong berkata keputusan tersebut dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.