Pelbagai cara cuba untuk menghasilkan gambar-gambar menarik untuk dimuat naik dalam laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Ini kerana ia menjadi trend khususnya kepada golongan muda yang cuba untuk mencipta karya sendiri sebagai kepuasan diri dan tontonan umum.
Oleh itu, aplikasi yang sering digunakan ramai orang untuk mengedit gambar adalah “Photoshop”, namun bukan semua tahu menggunakan aplikasi tersebut.
Ia dilihat agak rumit untuk difahami, dan leceh untuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam mengedit gambar.
Kini terdapat satu cara yang sangat mudah, tidak sampai 5 minit anda mengedit, gambar siap dihasilkan mengikut cara yang diinginkan.
Anda hanya perlu pergi ke laman web remove.bg, caranya anda hanya perlu memasukkan gambar yang anda ingin edit, kemudian tekan “open”.

Kemudian gambar itu juga anda boleh muat turun dengan menekan “download”, secara automatik ia akan disimpan dalam galeri anda!
Selamat mencuba.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]