Penyanyi popular Sepanyol meninggal dunia selepas disambar bunga api semasa persembahan

Penyanyi popular Sepanyol meninggal dunia selepas disambar bunga api semasa persembahan

Joana yang sedang mengadakan persembahan bersama Super Hollywood Orchestra disambar bunga api yang keluar secara tiba-tiba dari piroteknik di tepi pentas.

Penyanyi popular berasal Sepanyol, Joana Sainz García meninggal dunia semasa menjayakan konsert di sebuah festival muzik di Las Berlanas, Sepanyol pada Selasa.

Menurut laporan Newsweek, Joana mengalami kecederaan pada tubuh setelah terkena bunga api yang digunakan untuk persembahan di atas pentas.

Joana, 30, ketika itu sedang membuat persembahan bersama Super Hollywood Orchestra dan tiba-tiba api keluar dari piroteknik (alat mengawal bunga api) menyambarnya yang berada di atas pentas.

Dia jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika konsert malam penutup festival yang telah berlangsung selama empat hari.

Sementara itu, penganjur memaklumkan majlis penutup festival itu dihadiri lebih seribu pengunjung dan pihak mereka telah menyediakan badan penyelamat jika berlaku sebarang kecemasan.

Bagaimanapun, mereka masih belum mengetahui punca tragedi itu berlaku pada malam tersebut.

Malah, selama 5 tahun menganjurkan festival itu, tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

“Tak ada apa yang nak dijelaskan, kita dah anjurkan pertunjukan yang sama selama lima tahun,” kata penganjur Isidoro Lopez.

Sumber: Variety

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.