Bekas presiden Indonesia BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital

Bekas presiden Indonesia BJ Habibie jalani rawatan intensif di hospital

BJ Habibie adalah presiden Indonesia ke-3, menggantikan Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

BJ Habibie sebelum ini menerima rawatan intensif di Jerman akibat komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami asfiksia. (Gambar Facebook)
JAKARTA:
Presiden ke-3 Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut setiausaha peribadinya, Rubijanto, bekas presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu semalam.

Menurut Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan untuk menziarahi BJ Habibie untuk sementara waktu ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ke-3, menggantikan presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Pada Mac 2018, BJ Habibie juga menerima rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami asfiksia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.