Keadaan jerebu teruk, 12 kawasan sangat tidak sihat setakat 4 petang

PETALING JAYA: Keadaan berjerebu bertambah teruk setakat jam 4 petang tadi dengan bilangan kawasan yang dikategorikan sebagai “sangat tidak sihat” meningkat kepada 12 berbanding pagi tadi.

Setakat jam 7 pagi tadi lapan kawasan termasuk Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) “sangat tidak sihat”.

Setakat 4 petang tadi, beberapa kawasan baru termasuk dalah kategori “sangat tidak sihat”.

Kulim Hi-Tech mencatatkan paras 211, Miden (234), Balik Pulau (262), Taiping (203), Putrajaya (201), Petaling Jaya (209), Shah Alam (220), Klang (201), Nilai (211), Sri Aman (234), Kuching (208) dan Johan Setia Klang (260).

Pagi tadi Putrajaya mencatat bacaan 202 Balik Pulau (204), Petaling Jaya (202), Alam (219), Johan Setia (253) dan Klang (202), Nilai (211), Balik Pulau (204) dan Sri Aman (244).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.