
Mukah tersenarai dalam kawasan sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 209, terus meningkat sejak awal pagi tadi.
Bacaan melibatkan Sibu juga meningkat kepada 245 setakat 12 tengah hari, Sarikei (237), Sri Aman (212) dan Kuching 270. Samaran bertambah baik sedikit iaitu 224 berbanding 229 pada 6 pagi tadi.
Johan Setia Klang yang dilaporkan sebagai kawasan paling teruk sejak seminggu lalu turut mencatakan paras lebih baik setakat tengah hari iaitu 169. Pada 6 pagi tadi bacaan IPU di kawasan itu 205.
Balik Pulau, Pulau Pinang juga mencatatkan bacaan lebih baik iaitu 184 berbanding 221 enam jam lalu.
Putrajaya mencatatkan paras 145, Batu Muda (134), Cheras (144), Petaling Jaya (156) dan Shah Alam (150) – mencatatkan paras lebih baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.