
Dengan keputusan akhir menunjukkan Gantz dan Netanyahu tidak menguasai majoriti di parlimen, keputusan Arab untuk mengakiri pendirian sebelum ini tidak menyokong mana-mana parti, membolehkan Presiden Reuven Rivlin meminta Gantz membentuk kerajaan.
Rivlin, yang mula berunding dengan pemimpin parti pada Ahad untuk membincangkan blok bakal memimpin Israel selepas tiada pemenang jelas muncul dari pilihan raya, mencadangkan Gantz dan Netanyahu bergabung untuk membentuk kerajaan walaupun tidak pasti siapa yang akan menjadi pemimpin kanan.
Likud, pimpinan Netanyahu, gagal untuk kali kedua dalam tempoh lima bulan bagi mendapatkan kemenangan pilihan raya yang jelas. Parti biru dan putih diketuai ketua angkatan bersenjata Gantz berada di hadapan dengan hampir kesemua undi telah dikira.
Parti Joint List memenangi 13 kerusi, menjadikannya kumpulan ketiga terbesar.
Ini akan menyediakan saluran untuk menyuarakan rungutan komuniti Arab tentang diskriminasi dalam masyarakat Israel dan memberikan platform lebih besar kepada parti Arab yang berbeza dengan mereka yang berasal dari majoriti Yahudi dalam banyak isu politik.
“Kami mahu mengakhiri era Netanyahu, jadi kami mengesyorkan Benny Gantz menjadi pemerintah akan datang,” kata ketua parti Ayman Odeh kepada Rivlin sebagai sebahagian daripada konsultasi untuk membentuk pakatan kerajaan yang baru.
Sokongan Joint List tidak bermakna ia akan duduk dalam gabungan kerajaan tetapi sokongannya memberi 57 kerusi kepada Gantz berbanding blok Netanyahu sebanyak 55.
Netanyahu mengecam sokongan parti Arab kepada Gantz. Beliau berkata ia hanya bermaksud dua pilihan – “sebuah kerajaan minoriti yang bersandarkan kepada mereka yang menolak Israel sebagai negara Yahudi, demokratik,” atau “kerajaan kebangsaan yang luas”.
Gantz setakat ini telah menolak pelawaan Netanyahu untuk menyertai kerajaan campuran.