
Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB) Indonesia, Agus Wibowo memberitahu angka itu telah mencecah 919,516 orang sehingga semalam.
“Data Kementerian Kesihatan pada 23 September menunjukkan orang yang menderita kerana ISPA kini lebih 919,000 orang dari enam wilayah di Indonesia,” kata Agus dipetik Tempo hari ini.
Menurut Agus, jumlah tertinggi dengan penyakit berkaitan dengan jerebu di Sumatera Selatan adalah seramai 291,807 orang, diikuti Riau (275,793), Kalimantan Barat (180,695), Kalimantan Selatan (67,293), Jambi (63,554) dan Kalimantan Tengah (40,374).
Jelas beliau, pihak kerajaan telah mengagihkan bantuan seperti topeng pernafasan ke provinsi yang dilanda masalah jerebut iaitu 20,000 topeng ke Kalimantan Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, dan Jambi; 23,000 lagi ke Riau dan 29,000 di Sumatera Selatan.
Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan beberapa jawatankuasa di beberapa kawasan terjejas kerana kebakaran hutan dan tanah.
“Kerajaan telah mengerahkan doktor dan jururawat di sana. Jadi orang boleh menyemak kesihatan mereka, meminta topeng, ubat, makanan tambahan untuk bayi dan ibu hamil,” kata Agus lagi.