Beijing keluar kertas putih ‘China dan Dunia Dalam Era Baru’

Beijing keluar kertas putih ‘China dan Dunia Dalam Era Baru’

Kertas putih itu menyatakan China kekal negara paling berkembang di dunia, dengan populasi penduduk teramai dan keperluan asas masih perlu diperkukuh.

BEIJING:
Pejabat Penerangan Majlis Negeri China pada Jumaat mengeluarkan kertas putih bertajuk “China dan Dunia Dalam Era Baru,” lapor agensi berita Xinhua.

Selain kata pengantar dan kesimpulan, kertas putih itu mempunyai empat bahagian antaranya mengenai “China Has Found a Development Path Suited to Its Actual Conditions” dan “China’s Development Is an Opportunity for the World.”.

Menurut kertas putih berkenaan “China telah memasuki era pembangunan baharu. China kini memberi impak menyeluruh kepada dunia dan dunia turut memberikan tumpuan yang lebih banyak kepada China,” katanya.

Tahun 2019 menandakan ulang tahun ke-70 penubuhan China.

Menurut kertas putih itu, selama 70 tahun lalu, di bawah pimpinan Parti Komunis China (CPC), China telah menyaksikan perubahan besar dan melalui proses pembangunan luar biasa.

China juga kini negara ekonomi kedua terbesar dunia, menyediakan keperluan material hampir 1.4 bilion orang.

Kertas putih itu menyatakan China kekal negara paling berkembang di dunia, dengan populasi penduduk teramai dan keperluan asas masih perlu diperkukuh.

“Beberapa asas di China masih tidak berubah, oleh itu China masih menghadapi cabaran besar. Banyak lagi yang perlu dilakukan negara itu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.