Afrika Selatan rampas 342kg tulang singa bakal dieksport ke Malaysia

Afrika Selatan rampas 342kg tulang singa bakal dieksport ke Malaysia

Terdapat 12 kotak tulang singa seberat 342kg yang dibalut dengan kerajang aluminium ditemui dalam peti kayu.

Tulang singa sangat bernilai untuk digunakan bagi tujuan perubatan dan membuat barang kemas. (Gambar AFP)
JOHANNESBURG:
Pegawai Afrika Selatan merampas 342kg tulang singa – yang digunakan untuk tujuan perubatan dan membuat barang kemas – di lapangan terbang Johannesburg dan menahan tiga individu, kata Kementerian Alam Sekitar.

Menurut satu kenyataan, isi peti kayu yang akan dieksport ke Malaysia itu tidak diumumkan.

“Ketika penghantaran diperiksa, terdapat 12 kotak tulang singa seberat 342kg yang dibalut dengan kerajang aluminium ditemui,” katanya.

Jurucakap kementerian, Albi Modise berkata walaupun eksport tulang singa yang dibiak dalam kurungan adalah sah, namun satu permit khas diperlukan untuk menghantarnya ke luar negara.

Beliau berkata semua yang ditahan adalah warga asing, termasuk dua warga Zimbabwe. Seorang suspek masih dalam tahanan.

Afrika Selatan merupakan habitat kepada lebih 11,000 singa, di mana 3,000 tinggal di taman negara di mana perburuan adalah dilarang.

Pada September tahun lalu, Singapore Airlines, satu-satunya syarikat penerbangan yang mengangkut tulang singa dari Afrika Selatan ke Asia, berkata ia menamatkan amalan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.