
Dua sumber memberitahu Reuters, langkah itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan meredakan protes berlaturan sejak beberapa bulan.
Demonstrasi juga dirancang untuk diadakan bagi membantah undang-undang antitopeng, dengan banyak protes dijangka diadakan hujung minggu ini ketika aktivis mengecam tembakan polis ke atas seorang pelajar sekolah menengah Selasa lalu.
Polis berkata, pegawai yang terbabit dalam tembakan bertindak untuk mempertahankan diri kerana hidupnya terancam.
Remaja itu, penunjuk perasaan pertama terkena peluru hidup dalam protes berbulan-bulan, berada di hospital dalam keadaan stabil.
Tindakan menguatkuasakan darurat akan membolehkan pemimpin Hong Kong yang menyokong Beijing, Carrie Lam membuat sebarang peraturan difikirkannya sesuai demi kepentingan awam, termasuk tapisan media dan kawalan ke atas pengangkutan.
Langkah kerajaan ini diambil selepas aktivis melancarkan serangan di seluruh bekas jajahan British sejak beberapa bulan kebelakangan ini, melakukan kebakaran, menghalang jalan dan merosakkan kedai dan stesen metro.