Hong Kong sah kuat kuasa darurat tangani demonstrasi

Hong Kong sah kuat kuasa darurat tangani demonstrasi

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam berkata larangan mengenakan topeng muka juga akan berkuat kuasa mulai esok di bawah penguatkuasaan undang-undang darurat.

Carrie Lam mengumumkan penguatkuasaan undang-undang darurat, pertama kali dalam tempoh lebih 50 tahun. (Gambar Reuters)
HONG KONG:
Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam memutuskan untuk menguatkuaskan darurat, undang-undang era kolonial buat pertama kali dalam tempoh lebih 50 tahun, langkah dramatik bagi menangani demonstrasi ganas berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Lam berkata larangan mengenakan topeng muka juga akan berkuat kuasa mulai esok di bawah penguatkuasaan undang-undang darurat, yang membolehkan pihak berkuasa “mengadakan apa jua peraturan” yang mereka anggap perlu demi kepentingan awam.

Ramai penunjuk perasaan memakai topeng untuk menyembunyikan identiti mereka kerana takut majikan akan mengenakan tekanan untuk diambil tindakan.

“Hampir semua penunjuk perasaan memakai topeng, dengan tujuan menyembunyikan identiti mereka. Itulah sebabnya mereka menjadi lebih tidak terkawal,” kata Lam.

“Kita tidak boleh membiarkan peraturan semasa kekal seperti sedia kala dan membiarkan keganasan meningkat dan keadaan terus merosot.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.