
Setiausahanya, Azrilnizam Omar juga berharap kerajaan akan menyelesaikan masalah nelayan pantai yang menjadi punca hasil tangkapan berkurangan sekian lama, termasuk dasar mengharamkan penggunaan pukat tunda di Zon B dan pukat kenka (pukat tunda dua bot) yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Jan 2021.
“Masalah pencerobohan dan penangkapan ikan secara haram oleh bot Zon B dan Zon C ke Zon A (kawasan tangkapan nelayan pantai) yang menjejaskan tangkapan nelayan pantai dengan serius.
“Masalah penggunaan pukat dan peralatan haram yang memusnahkan sumber perikanan seperti bubu naga dan pukat rawa sorong,” katanya kepada FMT hari ini.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM152 juta menerusi Belanjawan 2020, susulan kenaikan elaun sara hidup nelayan sebanyak RM50 sebulan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan kerajaan berhubung kebajikan nelayan, khasnya elaun sara hidup yang menjadi kebimbangan nelayan sebelum ini.
Tetapi, beliau ingin tahu jika ada penambahan kuota untuk subsidi minyak dan harga diesel bagi bot nelayan akan diapungkan seperti harga petrol bagi kenderaan ketika ini.