Pencabar Jokowi, Prabowo sertai Kabinet, dijangka menteri pertahanan

Pencabar Jokowi, Prabowo sertai Kabinet, dijangka menteri pertahanan

Prabowo Subianto yang juga bekas jeneral mengesahkan beliau menerima tawaran Jokowi yang mahu melantik beliau sebagai anggota Kabinet.

Bekas calon jawatan presiden, Prabowo Subianto ketika tiba di Istana Presiden di Jakarta, Indonesia hari ini. (Gambar Reuters)
JAKARTA:
Pemimpin pembangkang Indonesia, Prabowo Subianto hari ini berkata beliau telah diminta oleh Presiden Joko Widodo agar menyertai Kabinet baru beliau untuk membantu dalam bidang pertahanan.

Bekas jeneral itu berkata, beliau menerima tawaran tersebut.

“Hari ini kami secara rasmi ditanya dan kami boleh membantu,” kata Prabowo, yang merupakan pencabar Widodo pada pemilihan jawatan presiden yang berlangsung April lalu, kepada pemberita selepas bertemu dengan Jokowi di Istana Presiden di sini, hari ini.

Beliau tidak mengesahkan kedudukannya dalam Kabinet, tetapi laporan media berkata Prabowo bakal dilantik sebagai menteri pertahanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.