
Pelbagai cara pelik akan digunakan para peniaga untuk menarik perhatian netizen.
Malah tidak dinafikan netizen kini semakin suka kepada perkara pelik untuk dicuba.
Ini kerana walaupun ia pelik, tetapi ramai yang akan mengikutinya kerana ia akan dijadikan sebagai satu trending.
Sebagai contoh, anda sudah biasa melihat minuman yang dijual bersaiz kecil, sederhana atau besar.
Namun, kini anda boleh melihat sesuatu yang pelik apabila saiz yang lebih besar iaitu lima liter akan dijual oleh The Alley.
Usah risau kerana “bubble tea” yang menjadi kegilaan ramai akan dijual dalam satu botol yang besar.
Ia telah dilancarkan 4 Oktober lalu dimana minuman “signature” mereka dijual pada saiz lima liter!

Bagi cabaran pertama, anda perlu melakukan ”tongue twister” dalam masa 12 saat barulah anda layak mendapat diskaun 12% minuman 5 liter tersebut.
Untuk cabaran kedua pula, anda perlu mengambil gambar rakan anda bersama dengan botol 5 liter The Alley dan muatnaik gambar tersebut di media sosial.
Pemenang yang terpilih akan diberi ganjaran dengan minuman 5 liter percuma.
Jika anda berminat untuk menikmati dan menyertai cabaran ini, air minuman sebanyak 5 liter ini dijual dengan harga RM69.50 sahaja selepas diskaun dimana harga asal ialah RM79.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]