Parlimen Turki ratifikasi usul perluas penempatan tentera di Lubnan

Parlimen Turki ratifikasi usul perluas penempatan tentera di Lubnan

Usul yang dikemukakan presiden Turki itu dilanjutkan sebanyak 12 kali sejak ia diluluskan oleh Parlimen negara itu pada 2006.

Kira-kira 10,600 anggota tentera dari 40 negara menyertai misi UNIFIL di Lubnan.
ANKARA:
Turki akan memperluas penempatan tenteranya di Lubnan bagi tempoh setahun lagi sebagai sebahagian daripada pasukan sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut warta rasmi pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat selepas Parlimen negara itu meratifikasi satu usul pada Selasa untuk memperluas penempatan tentera Turki dalam pasukan sementera PBB di Lubnan, juga dikenali sebagai UNIFIL, sehingga 31 Okt 2020, lapor agensi berita Anadolu.

Usul yang dikemukakan presiden negara itu dilanjutkan sebanyak 12 kali sejak ia diluluskan oleh Parlimen Turki pada 2006.

UNIFIL diwujudkan pada 1978 apabila Israel berundur dari Lubnan. Pasukan pengaman itu adalah bertujuan menjaga keselamatan dan membantu kerajaan Lubnan membina semula kekuasaannya.

Kira-kira 10,600 anggota tentera dari 40 negara menyertai misi UNIFIL.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.