
DOHA: Qatar mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas sebuah masjid di barat daya Perancis, yang menyebabkan dua orang cedera, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik satu kenyataan pada Selasa.
Kenyataan itu menyebut Kementerian Hal Ehwal Luar mengulangi pendirian tegas Qatar yang menolak kekerasan dan keganasan, tanpa mengira motif serta alasannya.
Kenyataan itu menegaskan bahawa Qatar menolak sepenuhnya serangan yang menyasarkan tempat ibadat dan tindakan menakut-nakutkan orang awam.
Ia turut menzahirkan doa Qatar agar mangsa yang cedera cepat sembuh.