Tiada pertukaran calon saat akhir, kata Umno Tanjung Piai

Tiada pertukaran calon saat akhir, kata Umno Tanjung Piai

Ketua Jefridin Atan berkata penilaian calon masih belum selesai.

Ketua Umno Tanjung Piai Jefridin Atan berkata penilaian calon BN untuk pilihan raya kecil tidak lama lagi datang belum selesai.
PETALING JAYA:
Umno Tanjung Piai menafikan ada pertukaran calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Parlimen itu pada saat akhir.

Ketua Jefridin Atan menjelaskan penilaian calon sebenarnya belum selesai.

“Sebelum 2 Nov ini akan umum,” katanya kepada FMT.

BN tidak mengumumkan calonnya pada majlis pelancaran jentera gabungan itu semalam, di mana Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada pengerusi Johor, Hasni Mohammad untuk menentukan masa yang sesuai.

Perkembangan tersebut dua jam selepas Pakatan Harapan menamakan seorang anak tempatan sebagai calonnnya.

Jefridin menjelaskan acara semalam bukan untuk mengumumkan calon.

“BN memang hanya mahu melancarkan jentera semalam,” katanya. “Saya juga nafikan sebab PPBM umum calon, kita tak jadi umum calon.”

PH mengumumkan Ketua PPBM Tanjung Piai, Karmainie Sardini, 66, seorang ahli perniagaan, sebagai calonnya untuk PRK yang mengundi pada 16 Nov ini.

Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian penyandang, Md Farid Md Rafik, 42, dari PPBM pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA meletakkan Ketua Bahagian Tanjung Piai, Wee Jeck Seng untuk mempertahankan kerusi itu. Wee menyandang kerusi tersebut selama dua penggal sejak 2008.

Wee tewas kepada Farid dengan majoriti 524 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.