
Skuad bimbingan Ralph Hasenhuttl ketinggalan satu gol di belakang selepas Man City menjaringkan gol menerusi Nicolas Otamendi yang menyambar kemas umpanan Bernardo Silva.
Sebelum wisel rehat, Sergio Aguero menjadikan kedudukan 2-0. Ia merupakan gol ke-11 Aguero dalam semua pertandingan setakat ini bagi musim ini.
Bersambung babak kedua, Aguero menambah satu lagi koleksi gol beliau.
City sangat dominan dengan 19 percubaan ke arah gol. Pada satu ketika Man City menguasai sehingga 89% perlawanan.
Sementara itu, Southampton menunggu sehingga lebih sejam untuk percubaan pertama mereka, pada minit ke-65.
Jack Stephens menjaringkan gol tunggan Southampton pada minit ke-75.
Tamat perlawanan Man City menang 3-1 untuk mara ke pusingan suku akhir.