
Agensi berita China Xinhua melaporkan penyerang Barcelona berusia 32 tahun itu tidak beraksi untuk negaranya selepas dibuang padang ketika pasukan Albiceleste menewaskan Chile 2-1 dalam Kejohanan Copa Amerika bagi penentuan tempat ketiga pada Julai lalu.
Beliau kemudian digantung dan didenda AS$50,000 oleh Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) kerana mendakwa Copa Amerika “korup”.
Messi terlepas empat perlawanan untuk Argentina semasa penggantungan yang menyaksikan keputusan seri 0-0 dengan Chile, menewaskan Mexico 4-0, seri 2-2 dengan Jerman dan menang 6-1 ke atas Ecuador.
Pemenang dua kali Piala Dunia, Argentina akan menentang Brazil di Arab Saudi pada 15 Nov ini dan Uruguay di Israel tiga hari kemudian.