Selepas dilayan buruk, Trump pindah dari New York ke Florida

Selepas dilayan buruk, Trump pindah dari New York ke Florida

Presiden Amerika Syarikat itu mendakwa beliau dilayan dengan amat buruk oleh pemimpin politik ketika menetap di New York.

Kediaman Trump di Palm Beach, Florida.
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hari ini mengesahkan laporan beliau memindahkan kediaman utamanya dari Manhattan, New York ke Palm Beach, Florida, lapor agensi berita Turki Anadolu yang memetik akaun Twitter Trump.

“Meskipun saya membayar berjuta-juta dolar cukai kepada kerajaan tempatan, negeri dan bandaran setiap tahun, saya dilayan dengan amat buruk oleh pemimpin politik sama ada di peringkat negeri atau bandaran,” kata Trump.

Terdahulu, The New York Times melaporkan Trump dan wanita pertama, Melania Trump memfailkan satu “deklarasi domisil” pada September, merujuk kepada dokumen yang difailkan di Mahkamah Sirkit Daerah Palm Beach.

Trump sebelum ini menetap di alamat 721 Fifth Avenue atau Menara Trump, yang menjadi kediaman utamanya sejak 1983, menurut dokumen itu.

Ia juga menyenaraikan lokasi kediaman lain seperti 1600 Pennsylvania Avenue, Rumah Putih dan kelab golf peribadinya di Bedminster, New Jersey.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.