Panel global gesa iklan politik palsu atas talian disekat segera

Panel global gesa iklan politik palsu atas talian disekat segera

Jawatankuasa global yang ditubuhkan untuk menyiasat maklumat salah, berhimpun di Dublin untuk mendengar keterangan pihak Facebook Inc, Twitter Inc dan Google Inc. Alphabet dan pakar.

Sebuah “jawatankuasa besar” penggubal undang-undang menggesa agar dihentikan iklan politik bersifat sasaran mikro dalam talian. (Gambar Reuters)
LONDON:
Sebuah “jawatankuasa besar” penggubal undang-undang semalam menggesa agar disekat iklan-iklan politik bersifat sasaran mikro dalam talian, yang penuh dengan maklumat palsu atau mengelirukan, sehingga aspek itu mampu dikawal selia.

Jawatankuasa ini, yang ditubuhkan untuk menyiasat maklumat-maklumat yang salah, berhimpun di Dublin untuk mendengar keterangan pihak Facebook Inc, Twitter Inc dan Google Inc. Alphabet dan pakar-pakar lain tentang kerosakan dalam talian, ucapan berbaur kebencian dan campur tangan pilihan raya.

Mesyuarat itu dihadiri oleh penggubal undang-undang dari Australia, Finland, Estonia, Georgia, Singapura, UK dan Amerika Syarikat.

Sidang perdana jawatankuasa itu di London pada Nov tahun lepas menampilkan kerusi kosong untuk Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg selepas beliau enggan tampil untuk memberi keterangan.

Facebook telah berada di bawah pemerhatian beberapa minggu kebelakangan atas keputusannya untuk tidak menyemak fakta dalam iklan ahli-ahli politik, yang semakin intensif ketika Twitter mengumumkan bulan lalu bahawa ia akan mengharamkan semua iklan politik.

Zuckerberg telah mempertahankan dasar mereka, dengan mengatakan bahawa syarikat itu tidak mahu menghalang ucapan politik.

Ahli-ahli politik boleh memilih kumpulan pengundi mikro di media sosial berdasarkan data pengguna seperti lokasi, umur dan kepentingan, satu amalan yang pengkritik takut akan meningkatkan kesan maklumat palsu atau mengelirukan pada kumpulan tertentu dan menyekat pengundi keluar untuk mengundi.

Pada satu sidang di Lisbon semalam, ketua antimonopoli Eropah, Margrethe Vestager, berkata, “jika hanya dalam umpan anda, antara anda dan Facebook, dan sasaran mikro mereka mengenai maklumat siapa anda, ia bukan demokrasi lagi.”

Semalam, Facebook berkata, satu video telah diubahsuai, yang dikongioleh Konservatif yang memerintah Britain, tidak melanggar peraturannya berkaitan iklan politik jika ia telah dikendalikan sebagai iklan berbayar.

“Iklan daripada parti politik dan calon politik tidak tertakluk kepada peraturan pemeriksaan fakta kami,” kata Rebecca Stimson, ketua Dasar Awam UK, kepada pemberita atas panggilan untuk menjelaskan dasar syarikat menjelang pilihan raya 12 Dis ini.

“Apa yang dimaksudkan ialah parti Konservatif dalam iklan itu menjadi subjek perdebatan dan perbincangan awam yang dahsyat, tepat kerana orang dapat melihat bahawa ia ada di sana,” kata Stimson.

Facebook menjalin kerjasama dengan organisasi pemeriksa fakta pihak ketiga global untuk membendung maklumat salah.

Menjelang pemilihan yang akan menentukan nasib Brexit, beberapa ahli politik telah menyatakan kekhuatiran bahwa informasi yang sesat dapat menyebar dengan cepat di seluruh media sosial.

Pengerusi parti pimpinan Perdana Menteri Britain Boris Johnson, terpaksa mempertahankan pengedaran klip video telah diubahsuai membabitkan oleh seorang ahli politik parti saingan, Buruh kelmarin, yang membayangi sesi pelancaran kempen pilihan raya parti itu.

Parti Konservatif Johnson memaparkan klip video yang telah banyak disunting, jurucakap Brexit Buruh Keir Starmer di Facebook dan Twitter, mengeluarkan satu respons utama dalam temu bual untuk memberikan gambaran bahawa parti itu tidak mempunyai jawapan untuk Brexit.

Video tersebut dikongsi sebagai paparan biasa di halaman Facebook Konservatif, tetapi tidak digunakan sebagai iklan berbayar di platform itu, menurut carian Pustaka Iklan Facebook, sebuah pangkalan data dilancarkan untuk meningkatkan ketelusan iklan politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.