
Beliau hanya bertanyakan mengenai perkara-perkara teknikal yang membawa kepada pembebasan Sam Ke Ting.
“Apa yang saya tekankan adalah suara hati, bukan hanya ibu bapa kehilangan lapan anak tetapi persepsi masyarakat keseluruhan tentang apa yang berlaku kepada anak-anak terlibat.
“ini adalah isu yang dipolitikkan oleh pihak kerajaan,” katanya semasa “walkabout” di jeti Kukup dalam kempen calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng.
Semalam, Pemuda Pakatan Harapan Johor membuat laporan polis terhadap Zahid kerana ucapannya mengenai pembebasan Sam pada satu ceramah di Kampung Rimba Terjun pada Rabu.
Beliau mendakwa kenyataan Zahid itu didakwa mencetuskan ketegangan dan mencabar kewibawaan sistem keadilan.
Zahid menuduh ahli PH mengambil kesempatan daripada ucapannya untuk menyerang BN dan pembangkang.
Beliau berpandangan mereka terlalu memainkan isu itu, dan percaya ia tidak akan menjejaskan sokongan pada BN.
Pada 28 Okt lepas, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya berkata keputusan bersandarkan situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh menyebabkan pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal di jalan itu pada 3 pagi, selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta kumpulan basikal tersebut.
Siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar ketika memandu, katanya