
Jakarta Post melaporkan Citra tampil dalam satu iklan buku itu, yang memaparkan gambar sebatang terung, yang ditawarkan bersama sekotak kondom dan “joy kit” (kit ria) sebagai bonus.
Menurut laman itu, Citra terkenal di Instagram kerana meneroka topik mengenai penyusuan badan dan seks selepas bersalin dan berkongsi tips intim dengan lebih 137,000 pengikutnya.
Akaun twitter @redditindonesia dilaporkan mengejek iklan itu dan ada warga Internet menarik perhatian kepada kapsyennya.
Pendidikan seks di Indonesia umumnya masih tidak disukai kerana ia subjek yang tidak menyelesakan ramai ibu bapa di negara itu, kata laporan itu.
Pengikut Citra, terutama golongan ibu muda memuji iklan itu, menegaskan ia bukan mengenai wanita berhijab atau kondom.
“Dia @olevelove, selebriti Instagram yang banyak kongsi tentang penyusuan badan dan kehidupan seksual suami isteri setelah punya anak. Langkah berani sebagai ibu-ibu berhijab ya,” kata seorang pengguna Twitter, @juliajasminee.
Ketika berita itu ditulis, gambar Citra sudah dikeluarkan daripada iklan tersebut.