Menteri akan ‘pandu uji’ kereta terbang pada Khamis

Model prototaip “kereta terbang” yang ditunjukkan pada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Lima 2019 pada Mac.

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usawan Redzuan Yusof akan pandu uji “kereta terbang” Malaysia pada Khamis, dan beliau mengundang ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menyaksikan test ride kenderaan itu, yang juga dikenali sebagai platform mobiliti udara.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Redzuan berkata: “Saya nak ulangi undangan saya kepada Yang Berhormat, pada Khamis ini, saya sendiri akan naik kenderaan terbang atau kenderaan dua penumpang.”

“Saya undang Payar Besar (Mohd Shahar Abdullah) kalau nak datang, nak ambil gambar, duduk atas kenderaan terbang tu, kita bolehlah sama-sama duduk sebelah,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof kemudian mencelah dan berseloroh beliau tidak diundang untuk menyaksikan test run itu, mengundang tawa dari ahli dewan.

Redzuan menjawab: “Kalau ada masa dan hari itu tiada persidangan selepas pukul 2, sila datang ke Subang.”

Projek “kereta terbang itu, oleh sebuah syarikat swasta tempatan, diumumkan di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi tahun ini dan mengundang sendaan dan sindiran di media sosial dan keraguan dari ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Pada Mac, pemaju kenderaan, Aerodyne Group berkata, kereta itu, yang digenar Vector, adalah sebuah dron yang dikuasai empat motor menggunakan bateri lithium-ion.

Ia dijangka boleh membawa muatan sehingga 150-200kg dan boleh terbang setinggi 50m dari aras bumi pada kelajuan 60km/j selama 30 dan 90 minit.

Kenderaan itu boleh digunakan untuk mengangkut orang dan kargo, dan boleh digunakan untuk pengawasan, kata syarikat.

Redzuan memberitahu Dewan Rakyat bahawa rakyat “pengikut yang teragak-agak” dalam hal mendakap inovasi, dan menambah ia sukar untuk melaksanakan suatu bentuk inovasi baru.

Beliau berkata kerajaan sedang melihat untuk membentuk usahawan dan pemimpin yang mempunyai kefahaman yang betul dan kesedaran mengenai teknologi baru, menegaskan Malaysia perlu bergerak mengikut perkembangan antarabangsa.

Terdapat keperluan untuk mengubah set minda jika Malaysia mahu mendakap cara baru merangsang pertumbungan.

“Bukan saya seorang yang bertanggungjawab. Semua kita bertanggungjawab sebagai pemimpin, sama ada di peringkat kerajaan atau pembangkang, untuk memastikan masyarakat dibentuk dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai negara keusahawanan dalam 2030,” katanya.

Redzuan berkata demikian pada perbahasan perbekalan Belanjawan 2020 untuk kementeriannya.