Jom ke Angry Birds Splash Water World cuti sekolah ini!

Jom ke Angry Birds Splash Water World cuti sekolah ini!

Peluang baik untuk anda dan keluarga untuk merasai taman tema berkonsepkan Angry Birds hanya untuk dua bulan ini sahaja.

Angry Birds Splash Water World diadakan pertama kali sempena cuti sekolah 2019.

Daripada kartun kini di transformasikan dalam bentuk taman tema air iaitu “Angry Birds Splash Water World” pastinya membuatkan cuti sekolah pada tahun ini menjadi lebih menarik.

Ia dibuka selama dua bulan sahaja dan anda perlu merasainya sebelum peluang ini berakhir!

Umumnya Angry Birds akan menjadi pilihan utama kanak-kanak kerana ramai yang menggilai setiap watak dalam kartun tersebut seperti Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty, dan Hatchlings yang akan berada di Angry Birds Splash Water Park ini.

Ia bersempena ulang tahun Angry Birds yang ke-10.

Apa yang menarik di sini anda boleh merasai gelongsor air Angry Birds berketinggian 12 meter, serta gelongsor lain yang meletakkan halangan seperti Red, Chuck, Bom dan lain-lain.

Ia bakal memberi keseronokan berganda kepada para pengunjung!

Ketua Pegawai Eksekutif One Production, Alvan Lee berkolaborasi dengan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif One Production, Alvan Lee 2,000 tiket sahaja akan dibuka setiap hari bagi memberi keselesaan kepada pengunjung merasai setiap permainan yang sediakan.

“Kami menyarankan agar mereka yang mahu datang membuat tempahan online supaya tidak berlaku sebarang masalah kerana kita mempunyai kapasiti yang terhad pada setiap hari,” katanya pada sidang media di Semenyih, Khamis.

Antara gelongsor yang pasti membuatkan kanak-kanak teruja.

Angry Birds Splash Water World merupakan hasil kerjasama antara Rovio Entertainment Corp dan One Universal Production Sdn Bhd (OUP) Malaysia sempena ulang tahun ke-10 Angry Birds.

Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Mohd Akbal Setia berkata taman tema air ini mampu menarik minat 30 juta pengunjung bagi tahun 2020.

Ini kerana sambutannya begitu menggalakkan apabila kartun Angry Birds pada mulanya dicipta sebagai sebuah permainan mudah alih, berkembang kepada permainan digital dan kini beralih ke pelbagai bentuk hiburan bagi menarik minat kanak-kanak.

“Angry Birds Splash Water World merupakan acara pertama di dunia diadakan sempena kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020, kita akan menjelajah selepas ini ke Utara dan Selatan bagi memberi peluang kepada pengunjung di sana untuk merasainya sendiri,” katanya lagi.

Beberapa watak dalam Angry Birds menjadi tarikan kepada pengunjung.

Selain itu Angry Birds Splash Water World ini turut mempunyai gelung-gelung di bawah gelongsor, pasti membuatkan anda begitu teruja untuk menghabiskan masa dalam taman tema air tersebut.

Ia dibuka bermula hari ini selama dua bulan mulai jam 9 pagi sehingga 6 petang dan berakhir pada 5 Januari 2020.

Harga tiket akan dijual dengan harga RM38 bagi kanak-kanak dan RM50 bagi dewasa namun disarankan anda untuk membuat tempahan tiket lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sebarang pertanyaan mengenai pembelian tiket, sila kunjungi laman sesawang http://www.ticket2u.com.my/event/15739

“Red” yang menjadi watak kegemaran dalam Angry Birds turut memainkan peranan dalam taman tema ini.

Berita baik kepada FMT Ohsem, Angry Birds Splash Water World menawarkan tiket untuk lima pemenang bertuah.

Anda hanya perlu layari laman sosial Facebook FMT Ohsem atau laman sosial Instagram dan jawab soalan disediakan :

1. Berapakah ketinggian maksimum papan gelongsor di Angry Birds Splash Water World?

2. Senaraikan 2 watak yang ada dalam Angry Birds Splash Water World.

3. Saya ingin menghabiskan masa cuti sekolah di Angry Birds Splash Water World kerana….

Tarikh tutup penyertaan ini pada 6 Disember 2019.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.