
“Saya belum putuskan lagi. Semuanya boleh dilakukan (possible),” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Negara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada nama ahli Parlimen Port Dicskon itu turut dipertimbangkan untuk menyertai Kabinet jika rombakan berlaku.
Ia kemudian disambut oleh Anwar, “Saya tidak mohon (apply).”
Mahathir juga berkata, tidak ada menteri yang menolak rombakan Kabinet dan kerajaan akan mengkaji perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tentang kementerian.
Bagaimanapun, Mahathir berkata cadangan rombakan Kabinet itu akan dilaksanakan jika keadaan benar-benar memerlukan kerajaan berbuat demikian.
“Mungkin kita akan ambil tindakan jika didapati kita perlu ambil tindakan,” katanya.
Pengumuman itu sebelum ini dilihat sebagai peringatan kepada anggota Kabinet sedia ada supaya meningkatkan prestasi masing-masing dan sebagai langkah memulihkan imej kerajaan.
Mahathir dilaporkan berkata, rombakan Kabinet perlu dibuat susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, baru-baru ini.